Home » » PENGERTIAN REFLEKSI

PENGERTIAN REFLEKSI

Written By Bangmu2 Editor on Selasa, 09 April 2013 | 01.39



Dalam bukunya How We Think (1933), Dewey menghuraikan pemikiran refleksi sebagai satu cara menghadapi situasi bermasalah. Seseorang itu akan melalui proses aktif dan sedar dengan memikirkan masalah secara refleksi dan menyelesaikannya secara praktik. Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran refleksi sebagai "active, persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds that support it and the further conclusions to which it tends" (p. 9). Dengan berfikir secara refleksi, seseorang boleh "transform a situation in which there is experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of some sort, into a situation that is clear, coherent, settled, harmonious" (pp. 100–101). Dengan arti kata lain, seseorang boleh mengubah suatu keadaan keraguan, konflik, dan gangguan yang dialami kepada keadaan yang nyata, koheren, tenang dan harmonis. Menurut Dewey proses manusia berfikir bermula dengan permasalahan yang dihadapinya atau keraguan yang dirasai atau dihadapi seseorang. Selagi hubungan kita dengan persekitaran berada dalam keadaan selesa, kita tidak berfikir sepenuhnya. Apabila kita berhadapan dengan situasi yang tidak selesai, bermasalah dan berlainan daripada kebiasaan kita mula berfikir secara reflektif untuk mencari penyelesaiannya. Maka terbitlah idea-idea atau cadangan –cadangan bagi mencari jalan keluar. 

Munurut Hanipah (2004) refleksi mengikut sesetengah orang adalah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan atau keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan. Refleksi juga boleh dilihat sebagai menjadikan satu situasi bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara memperoleh pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya. Hanipah juga mendefinisikan refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan dan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan.

Dalam konteks perguruan, kebolehan membuat tranformasi dan refleksi membolehkan guru senantiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang boleh dilaluinya. Menurut Shulman (1987) dalam konteks perguruan, kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya.

referensi :


Paling banyak dibaca




http://www.prchecker.info/