Home » » ARTI HARI-HARI DALAM BAHASA ARAB

ARTI HARI-HARI DALAM BAHASA ARAB

Written By Bangmu2 Editor on Kamis, 04 April 2013 | 01.23


Ahad (Bahasa Arab: Ahad) = Satu / Kesatu. Menurut penjelasan Nabi saw ketika ditanya tentang makna nama-nama hari oleh para sahabatnya; Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulai menciptakan dunia dan membangunnya.

Senin (Bahasa Arab: Isnain) = Dua / Kedua. Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.

Selasa (Bahasa Arab: Tsalasa ) = Tiga / Ketiga. Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.

Rabu (Bahasa Arab: Arbaa)= Empat / Keempat. Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir’aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum ‘Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.

Kamis (Bahasa Arab: Khamsa) = Lima / Kelima. Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.

Jum’at (Bahasa Arab: Jumu’ah)= Hari Ramai /Berkumpul/Berjama’ah. Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.

Sabtu (Bahasa Ibrani: Sabbat)= Hari Berhenti atau Terakhir. Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.

dikutip dari blog tetangga
http://darunnajah-cipining.com/makna-hari-dalam-islam/

Google+ Followers

Populer Minggu Ini

Diberdayakan oleh Blogger.